Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Jenis-jenis opiat
1. Candu
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”
Morfin Mentah
- Bentuk blok / serbuk
- Bertanda “999″
- Mengandungi 70% – 90% morfin
- Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
- Seperti serbuk kopi halus
- Mengandungi 60% – 70% morfin
Pil-pil Morfin
- Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
- Pil kecil berwarna putih / coklat pucat
3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies
Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies
No comments:
Post a Comment