Saturday, 17 September 2016





Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
1. Ubat “Depresen”







Barbiturates
Ubat Depresen termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.




 Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan “valium.





#Ganja#Kanabis

Ganja/Kanabis




Pokok Ganja

Kanabis  ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% – 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja
2. Hashish


Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% – 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan
 : Menghisap



“Bong” – Alat untuk menghisap ganja






Stimulan ^^

Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

Amfetamin



Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)

2. Methamphetamine



Syabu / Ice

“ Mathamphetemine  hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.





Alat untuk “chasing the dragon” 
Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
Nama Jalanan : “Ice”
3. Kokain


Kokain  adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA


Tablet yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)



“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”

Friday, 16 September 2016

Opiat <>


Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.


Jenis-jenis opiat

1. Candu







Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin








Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”
Morfin Mentah
  • Bentuk blok / serbuk
  • Bertanda “999″
  • Mengandungi 70% – 90% morfin
  • Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
  • Seperti serbuk kopi halus
  • Mengandungi 60% – 70% morfin
Pil-pil Morfin
  • Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
  • Pil kecil berwarna putih / coklat pucat
3. Heroin


Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4. Kodein



Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik



 Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies